Saturday, December 31, 2011

Saat hati berkata "INGIN",namun qadar Allâh berkata "TUNGGU"... Saat air mata "MENETES",namun qadar Allâh berkata "TERSENYUMLAH"... Saat segalanya terasa.."MEMBOSANKAN",namun qadar Allâh berkata "TERUSLAH MELANGKAH"... Biidznillaah...Kita merancang sesuatu,ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahasiakan-NYA buat kita. Namun, Rancangan ALLAH itu LEBIH baik. . .yang PALING baik. . .dan yang TERBAIK daripada rancangan kita. Karena ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan) Jadi,kita sebagai hamba-NYA..Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA. Yakinlah..ALLAH ada untukku,untukmu,dan untuk kita semua...Insya ALLAH

Wednesday, December 21, 2011

9 sebab hati tak bahagia

Antara Mazmumah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah:
1. PEMARAH paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. PENDENDAM tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar didalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecil sekali pun sakitkan hati atau tempelak orang didendam itu.Sebab orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI – amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dll dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(Rezeki yang diberi Allah elok dikongsi bersama).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah,tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walau pun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. TAMAK orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut…walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak…lagipun orang tamak selalu rugi…
***Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain disitu)Biarkan rezekiitu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. TIDAK SABAR andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hai-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan…Contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue wlu kerja bertimbun atas meja…heh…heh…heh)
7. EGO – Ibu segala Mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahu pun batin.
8. RIAK terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun didepan orang.Jika dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita nak…takabur dengan ape yang kita ada.
9. CINTA DUNIA – tidak dapat menderita…padat pun menderita kerana bila sudah dapat susah atau menjaganya.Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu…biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah…Cinta dunia merupakan “Neraka Dunia”kerana dunia itu ‘panas”akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
KESIMPULAN;
Jadi yang merungut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukkan dllnya,tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA.Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN.ANDAI KITA TERLEKA DENGAN DUNIA BURUKLAH PADAHNYA. ~

Sunday, December 18, 2011

kehidupan manusia ney mcm CUACA kn..:)


✿ kejap2 PANAS yg penuh dgn kemarahan...
✿ kejap2 HUJAN yg penuh dgn linangan air mata...
✿ kejap2 RIBUT PETIR yg m'mancarkan keperitan...
✿ tapi jarng sekali b'temu PELANGI yang m'lambangkan kebahagiaan...


ღ¸.•´ INDAHNYA CIPTAAN ALLAH `•.¸ღ

Saturday, December 17, 2011

apabila pompan menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?
 Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda,
 dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
 Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
 Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
 Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya
 terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...
p/s : copy n paste je...hehehe
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ ... ❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ ❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

Thursday, December 15, 2011

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan
kerana hati manusia itu
terlalu bernilai untuk disakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan
dan terlalu berharga untuk dihancurkan.♥

Tuesday, December 13, 2011

:)

Di saat kamu benar-benar berpegang pada ALLAH, kamu kira ALLAH akan melepaskan tangan kamu? '

Temui JAWAPANMU pada sebuah ISTIKHARAH, BUKAN sekadar CINTA. Pilihlah DIA sebelum CINTA, dan akhirnya cinta itu pasti datang dengan sendirinya setelah DIA :)

ost ombak rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

Monday, December 12, 2011

moga allah rahmati kita


hidup inin banyak dugaan yang perlu kita tempuhi..
kadang kadang x tertanggung..
jiwa perlu kental..
hati perlu tabah...
moga Allah menjadi kan aku insan yang sabar dan tabah menghadapi segala ujian dan cabaran.,

Sunday, December 11, 2011

~✿ Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk KITA..
WALAU seluruh ISI ALAM ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya,
Kita TETAP AKAN mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...

TETAPI jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk KITA,
WALAU seluruh ISI ALAM ini MEMBANTU KITA untuk mendapatkannya,
Kita TETAP TAKKAN mendapatkannya.... ~✿



p/s: Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat :)
Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia.....

Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu..

Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu..

Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum ^_^

Saturday, December 10, 2011

bila kesedihan menyerang diri..menganggu emosi..mengadulah pada-NYA..bila diri ini terasa sunyi ingatlah kita masih ada NYA untuk mengadu..insyaallah diri akn merasa tenang..DIA akn sentiasa ada untuk kita..bila sesuatu kejadian itu terjadi bukan atas kehendak kite ingtlah pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian tanpa kita sedari..belajarlah untuk menerima hakikat walaupun susah..Allah pasti akan membantu hamba-NYA yang tabah dan sabar..DOA adalah kekuatan untuk kita..pasti kegembiraan akan kita perolehi.. jgn memeandang stu musibah itu sebagai stu bencana tp pndang lah ia sbgai stu ujian yang Allah turunkat bagi menguji hambaNYA.. Allah xkn uji kita dgn ujain yang tidak mampu kita hadapi...berdoalah supaya hati inin terus tetap bersama-NYA


: ya ALLAH kau berikanlah aku ketenangan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup ini... semoga segala ibadat yg telah aku lakukan diterima oleh MU..

Friday, December 9, 2011

Cemburu Aisyah Bukan Kekurangan Tapi Tanda Besarnya Cinta

Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

            Imam al-Nawawi berkata, “Mengenai pernyataan Rasulullah kepada Aisyah ini, al-Qadhi berkata, ‘Kemarahan Aisyah kepada Nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya sekian banyak hukum bagi wanita kerana ia tidak dapat dipisahkan daripadanya. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduhnya suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi, ‘Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.” 

Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi Rasulullah SAW merupakan dosa besar. Untuk itu Aisyah r.ha berkata, “Dinda hanya mampu menjauhi namamu.” Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW tetap seperti sedia kala. Kecemburuan wanita didorong oleh rasa cinta yang terlalu besar.” (Rujuk Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, vol.15. hlm.292-293).

Wednesday, December 7, 2011

bolehkah aku bertanya dan bercerita

Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu..  Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu ..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...
p/S : copy n paste je nh...hahahha.....

Sunday, December 4, 2011

MAK SY NK KAWEN ! hehe

Seseorang yang masih belajar di universiti tetapi sudah mahu berkahwin.. Istilah lain, kahwin muda.. Saya lihat ramai yang punya pandangan berbeza..

Satu golongan berkata:
1) Kewangan tak kukuh.. Kalau termengandung macamana?? Nak susahkan mak ayah??
2) Rezeki adalah hak Allah.. Tapi kita tak boleh la letakkan 100% kepadaNya..
3) Jangan tergedik-gedik nak kawin awal esok tergedik-gedik nak cerai awal.
4) Asal nak elak zina, kahwin. Asal nak elak zina, kahwin..
5) Jika dicanang-canangkan "jangan takut kawin awal", maka perlu juga dicanang-canangkan "takutlah cerai awal".
6) Kalau tak cukup duit lagi macamana?? Nak buat kenduri kahwin lagi..
7) Hingus pun meleleh lagi.. Fikiran pun tak matang lagi.. Dah menggedik nak kahwin awal..
8) Awat, ingat kahwin ni senang ka?

Satu golongan menjawab:

1) Yakin pada Allah swt.. Dia pemberi rezeki.. Tak salah kalau ahli keluarga mahu membantu..
2) Bersangka baiklah pada bantuan dan pertolongan Allah swt..
3) Kahwin lambat pun ada yang bercerai awal..
4) Tidak dinafikan banyak lagi cara untuk elak zina, tapi kahwin juga adalah diantara caranya...
5) Harus dicanang juga bahawa ganjaran pahala untuk setiap amalan kebaikan orang yang berkahwin adalah berganda..
6) Nikah gantung itu lebih baik dari dosa yang bergantungan banyaknya.. Islam itu mudah, jangan disusahkan..
7) Matang itu subjektif. Tidak semestinya masih belajar, tidak matang..
8) Kalau kahwin lambat, adakah ia akan menjadi senang??

Saya cuma mahu berkata:
-Jika anda yakin dengan janji dan pertolongan Allah swt, berkahwinlah awal.. Jika masih belum yakin, jangan kahwin awal..
-Saya belum pernah melihat orang yang berkahwin awal, mati kebuluran..
-Kehidupan dalam kesusahan adalah mirip kepada kehidupan Nabi saw...
-TEPUK DADA, TANYA IMAN... (",)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur 24: 32)

p/s: anda rasa, anda sokong yang mana?? (",)

Saturday, December 3, 2011

hri nh bufday bell...thanx 2 all yg wish...n x lupe jgak utk sape2 yg da blnje pizza td..huhu..bkn slalu dpt m'hbeskn duit org.. ^_^ .. azam umo da tue nh..nk blja bersungguh2 nk cpai cite2..hehe..(konon je lbih) p2 nk jd org yg berguna...nk muhasabah dri dgn pe yg da bell wt spnjang 19 taon nh..huhu..taon dpn da 20..cm x cye je..hahaha....prasan mude kowt..actually xdk pape pown yg bell nk tlis tok entry kli nh...juz dats all.. n tok korg yg ad sambut bufday same ngn bell...bell nk ucapkn hepy bufday n may allah bless u all.. :) semoga kita sntiasa mndapt rahmat dari-NYA .. amiiinnn~

Friday, December 2, 2011

patah seribu

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…
by : shila amzah
best an lagu nh....