Tuesday, January 3, 2012

nikmat yang paling nikmat sekali
jika kita sebagai hamba diberikan peluang dan kesempatan
mungkin Allah nak menguji untuk kita rase apa itu pahitnya kegagalan
di sebalik kegagalan itu tersimpan seribu rahsia yang kita tak tahu
apa yang bakal ada yang terbaik untuk kita pada masa akan datang
mungkin bukan pada masa sekarang
mungkin pada hari-hari yang seterusnya insya allah tanpa kita ketahui
kuasa Tuhan
qadak dan qadar
telah ditentukan pada setiap hambanya
bersyukur atas nikmat yang diberi

(sekadar berkongsi)
Allah sentiasa ada untuk hambanya yang tidak putus berdoa mohon keampunan

Saturday, December 31, 2011

Saat hati berkata "INGIN",namun qadar Allâh berkata "TUNGGU"... Saat air mata "MENETES",namun qadar Allâh berkata "TERSENYUMLAH"... Saat segalanya terasa.."MEMBOSANKAN",namun qadar Allâh berkata "TERUSLAH MELANGKAH"... Biidznillaah...Kita merancang sesuatu,ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahasiakan-NYA buat kita. Namun, Rancangan ALLAH itu LEBIH baik. . .yang PALING baik. . .dan yang TERBAIK daripada rancangan kita. Karena ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan) Jadi,kita sebagai hamba-NYA..Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA. Yakinlah..ALLAH ada untukku,untukmu,dan untuk kita semua...Insya ALLAH

Wednesday, December 21, 2011

9 sebab hati tak bahagia

Antara Mazmumah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah:
1. PEMARAH paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. PENDENDAM tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar didalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecil sekali pun sakitkan hati atau tempelak orang didendam itu.Sebab orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI – amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dll dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(Rezeki yang diberi Allah elok dikongsi bersama).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah,tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walau pun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. TAMAK orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut…walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak…lagipun orang tamak selalu rugi…
***Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain disitu)Biarkan rezekiitu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. TIDAK SABAR andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hai-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan…Contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue wlu kerja bertimbun atas meja…heh…heh…heh)
7. EGO – Ibu segala Mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahu pun batin.
8. RIAK terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun didepan orang.Jika dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita nak…takabur dengan ape yang kita ada.
9. CINTA DUNIA – tidak dapat menderita…padat pun menderita kerana bila sudah dapat susah atau menjaganya.Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu…biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah…Cinta dunia merupakan “Neraka Dunia”kerana dunia itu ‘panas”akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
KESIMPULAN;
Jadi yang merungut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukkan dllnya,tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA.Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN.ANDAI KITA TERLEKA DENGAN DUNIA BURUKLAH PADAHNYA. ~

Sunday, December 18, 2011

kehidupan manusia ney mcm CUACA kn..:)


✿ kejap2 PANAS yg penuh dgn kemarahan...
✿ kejap2 HUJAN yg penuh dgn linangan air mata...
✿ kejap2 RIBUT PETIR yg m'mancarkan keperitan...
✿ tapi jarng sekali b'temu PELANGI yang m'lambangkan kebahagiaan...


ღ¸.•´ INDAHNYA CIPTAAN ALLAH `•.¸ღ

Saturday, December 17, 2011

apabila pompan menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?
 Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda,
 dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
 Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
 Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
 Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya
 terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...
p/s : copy n paste je...hehehe