Wednesday, October 26, 2011

CHARLIE

sbnar ny bell pown bru tau sal mnde nh...ingt an nme pe...upeny nme pnyakit...lau nme kg ny semut kayap..nh bell ad dpt sgale biodata tntang semut nh..hhuhuhu...

Nie Biodata Beliau :
Nama dalam ic :CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Gelaran di PSIS: Charlie Brown
Nama Kampung : Semut Kayap

Fakta :
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Charlie ni adalah serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Ade baiknya jugak si CHARLIE ni.Semasa hujan lebat atau banjir , Charlie ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

NASIHAT KEPADA SESIAPA YANG DIJANGKITI
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan.
Ubatnya mintak ngan doktor atau g farmasi nama ubat tu BETNOVATE 1:4..sekali jak sapu konfom kering (copy and paste) :-]. Dapatkan nasihat lanjut daripada doktor!!! haha...


lpas searching kt google nh la upenye semut 2...

hrm..effect lau korg bersentuh ngn charlie nh..perrgghh! mmg melecur la kulit..n susa nk baik.. bernanah... (dpt dr org y berpengalaman)..so,, better ati2 la..bhaye mnde nh... n ag stu. jgn la bg kne kt muke. mmg xla an parut!



0 comments: